Monday, October 1, 2018

Keluarga Saya

Keluarga Saya :


Ini gambar keluarga saya semasa di  Langkawi

Ini semasa kami di Ladang Teh, Cameron Hightland


Kisah Ayah Saya
:


Image result for dato shuhaini shafie
Ini ayah saya


Nama penuh ayah saya ialah Shuhaini bin Shafie. Dia berumur 49 tahun. Ayah saya ada 4 orang adik-beradik. Dia ialah anak yang ketiga.

                 Ayah saya berasal dari Arau, Perlis.Ayah lepasan UTM Skudai Johor..

                Ayah saya berasal dari keluarga yang susah.Ayah saya mula bekerja membantu keluarga atok saya sejak berumur 9 tahun.


               Kini, ayah saya menjadi seorang yang berjaya. Ayah saya telah mendapat gelaran sebagai DATO. Kini ayah saya telah menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.



Kisah Mak Saya :


Image result for clip art wanita muslimah


Nama penuh mak saya ialah Maslindawati binti Karim. Mak saya berumur 34 tahun. Mak saya mempunyai dua orang adik beradik, dia ialah anak sulung.


               Mak saya seorang yang sentiasa sibuk menguruskan keluarga saya.



               Mak saya seorang yang baik. Dia banyak menolong saya dalam pembelajaran saya.

               Kini mak saya mengandung. Saya bakal dapat adik lagi tahun depan.



Adik Beradik Saya :




Ini gambar saya dengan adik-adik saya.

Kisah Tentang Saya :
Ini saya

Nama penuh saya ialah Eiman Eisaac bin Shuhaini. Saya ialah anak sulung. Saya mempunyai tiga orang adik-beradik. Saya lahir pada 28 Jun 2007. Umur saya adalah 11 tahun. Hobi saya ialah melukis pada masa lapang. Cita-cita saya ialah menjadi seorang pelukis. Saya nak menjadi pelukis kerana saya nak luahkan perasaan saya dengan lukisan. Jika nak mencapai cita-cita mesti ada misi dan visi.

               Saya bersekolah  di Sekolah Rendah Setiabudi. Nama kelas saya ialah 5 BESTARI (K.S.S.R.) dan 5 ARIF(J.A.I.S.). Saya seorang Pembimbing Rakan  Sebaya (PRS). Saya telah menjadi calon presiden atau ketua (PRS) untuk tahun hadapan.

               Saya masuk sukan Badminton di dalam kokurikulum dan Pengakap di dalam Unit Beruniform. Saya juga menjadi calon ketua pengakap untuk tahun depan. Saya mendapat tempat kelima dalam pertandingan buku skrab tercantik 2018. Dan saya bakal dapat adik baru..

Kisah Adik Lelaki Saya :



Ini adik lelaki saya.

Nama penuh adik saya ialah Eidam Miekail bin Shuhaini. Dia berumur 7 tahun. Adik saya lahir pada 17 Januari 2011. Hobi dia main bola sepak.


               Cita-citanya ialah menjadi seorang Polis. Dia ingin menjadi polis kerana dia nak menangkap orang jahat. Dia menggemari subjek Bahasa Malaysia (BM) dan Matematik di sekolah.



               Di sekolah dia memasuki kelab Taekwondo. Adik saya bertali pinggang kuning. Kelasnya mendapat tempat kedua di dalam bulan Patriotik. Dia seorang yang nakal tetapi senakal-nakal dia pun dia tetap seorang yang baik.


Kisah adik perempuan saya :







Nama penuh dia ialah Qayra Amanda Sofea binti Shuhaini. Dia berumur 3 tahun. Adik perempuan saya lahir pada 26 Jun 2015.


               Hobi dia ialah buat sepah di rumah. Walaupun dia baru tiga tahun tetapi bila saya tanya dia apa cita-cita dia jawab bomba. Saya pun tak tau dia tau atau tak bomba tu apa.


               Adik perempuan saya bila dia menangis saya rasa nak pecah telinga tetapi bila dia baik sedap je tengok. Dia seorang yang cepat berlajar. Dia mula bercakap pada umur 1 tahun  lagi. Saya sangat bersyukur menjadi abangnya.


SEKIAN. TERIMA KASIH
ASSALAMUALAIKUM.              



              


                

                

No comments:

Post a Comment

Persatuan Pengakap

    PERSEKUTUAN : PENGAKAP Lambang Pengakap Malaysia Ini ialah pakaian lengkap Pengakap Malaysia. Forage Cap: Ini forage...